Setelah 4 tahun, baru ada masa nak edit video ni. Sebenar ada banyak lagi lokasi yang tak dapat dimasukkan di dalam video ini tapi memandangkan tak cukup ruang, kita masukkanlah apa yang ada. Masa ni memang malas nak jaga setup camera. 50mm bantai auto focus je. Lepas ni video Vietnam pulak.

Hari Pertama 27-08-2018 – Mendarat di Perth Airport pukul 05.05 am (lebih awal dari dijangka). Menghadapi masalah sedikit dengan pihak kastam Australia sebab nama ada ‘bin’, maklum la sejak 9-11 ni semua orang fobia. Apapun alhamdulillah selepas itu semuanya OK. Kami dijemput oleh pemandu pelancong (dah lupa namanya tapi friendly) dan terus di bawa ke Hotel Criterion Perth. Kesian Sarah dia muntah atas meja dalam ruang restoran hotel (mungkin mabuk sebab perjalanan jauh). Selepas sarapan pagi dan check-in, kami dibawa ke Kings Park & Botanic Garden (bukan King’s seperti di dalam video di atas) (masa ni Sarah dah OK, seronok dia walaupun sejuk). Kings Park & Botanic Garden ni sebenarnya hanyalah sebuah memorial peperangan menghormati askar-askar yang terkorban semasa peperangan Boer War, Perang Dunia I, Perang Dunia II, Perang Korea atau Perang Vietnam. Nama-nama mereka ada dicatitkan di memorial tersebut. Selepas itu kami dibawa pula ke bandar Mandurah (72 km ke Selatan bandar Perth) untuk menaiki bot untuk “Dolphin Sighting”. Agak lama juga menunggu melihat ikan ‘dolphin’ ini di mana akhirnya tiga (3) ekor muncul mengiringi bot kami (sebelum itu skipper bot meminta kami menjerit jika ternampak iklan ‘dolphins’, tatkala Sarah membuat aksi ‘Titanic’, secara tiba-tiba ‘dolphins’ muncul. Makan tengahari kami di Han’s Cafe, Mandurah (sebuah restoran rasa Asia). Mandurah ni, mengikut kata pemandu pelancong kami ada sebuah bandar untuk warga-warga senior untuk bersara (kita boleh lihat banglo-banglo tersergam indah disepanjang laluan bot kami).

Akan bersambung..