Short montage Fitness Factory PJ Hiking Sg Chiling 21.05.2017

Program hiking Fitness Factory PJ ini bermula dengan ahli berkumpul di gym Fitness Factory PJ seawal pukul 6:30 pagi. Tidak semua yang datang awal kerana ada yang pergi terus ke sana. Jadi kami bertolak pada pukul 7:30 pagi. Kesilapan kami adalah kerana menggunakan laluan Bukit Beruntung (damn you Waze!..lol). Kami tiba lebih kurang pukul 8:45 pagi dan terus mengambil sedikit sarapan ringan. Perjalanan diteruskan ke Singai Chiling Fish Sanctuary untuk menguruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya. Setelah segala urusan selesai dan doa selamat dibacakan, kami meneruskan perjalanan (oh ya, kami dikehendaki membayar deposit sampah, jika ada sampah kami yang tertinggal, kami akan dikenakan denda). Perjalanan melalui laluan denai hutan memang cukup menarik tapi tak ada masalah kepada kerana masing-masing fit bahana berzumba (hahaha). Kami memang tak menjangkakan terpaksa meredah sungai sedalam paras dada (kalau tidak silap ada 5 laluan menyeberangi sungai terpaksa dilalui). Memang cukup risau dengan kelengkapan dan camera takut jatuh dalam air. Tapi alhamdulillah semuanya selamat dan kami tiba di air terjun Sungai Chiling pada pukul 11.06 pagi. Selepas puas mandi kami turun semula dan mengambil makanan tengahari yang telah disediakan oleh pihak penganjur (kebetulan semasa sedang makan tengahari, hujan turun dengan lebatnya).