Ini adalah antara job yang agak kelam kabut sikit. Selalunya memang macam tu lah bila kita dah plan elok-elok ada je perkara-perkara yang kita tak boleh elak yang akan merencatkan perancangan kita.

Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Wilayah Persekutuan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar masa ni. Keesokkan harinya bermulalah drama di dewan reception di Gombak. Kesilapannya ialah bila saya arahkan pembantu saya shoot sesi make up di rumah pengantin perempuan, dan beliau keluar terkemudian dari pengantin ke dewan resepsi. Kesilapan dia juga kerana tidak Google kedudukan dewan dan beliau dan photographer tiba lewat. Saya pun tak perasan yang photographer tiada semasa majlis berarak ke dalam dewan. Satu lagi isu ialah semasa outdoor di Fraser Hill beberapa hari kemudian. Mungkin ini tidak patut dikongsikan.