Emmanuel Lubezki ni seorang “Director of Photography” atau “Cinematographer” yang berasal dari Mexico sememangnya tak perlu diperkenalkan terutama bagi penghasil filem seluruh dunia (antara “Cinematographer” yang menjadi idola saya). Antara filem yang beliau terlibat ialah “The Revenant”, “A Series of Unfortunate Event”, “Knight of Cups” (menamakan beberapa filem sahaja). Dikhabarkan beliau ni suka menggunakan cahaya natural atau ambient lighting dan shoot panjang menggunakan Steadicam (macam dalam filem “Birdman”) untuk mendapat mood cinematic yang lebih cantik (memang terbukti cantik!!!). Beliau selalu bergandingan dengan seorang pengarah dari Mexico iaitu Alfonso Cuarón (di mana mereka bergandingan nenghasilkan “Gravity” yang dibintangi oleh Sandra Bullock dan George Clooney).