Antara movie Will Ferrel yang paling best sekali. Watak Dr. Rick Marshall ni macam bodoh dalam pandai. Walaupun teori beliau agak mengarut dan semua orang mempersendakannya, hanya peminat setia dia iaitu Holly Cantrel sahaja yang mempercayai teori beliau.

Ini adalah babak beliau ditemuramah oleh pengacara Today, Matt Lauer (yang pada mulanya mempersendakan beliau) yang akhirnya Dr. Rick Marshall membuktikan bahawa teori beliau adalah benar (sekurang-kurangnya dalam filem ini… lol). Satu lagi babak bonus pada end credit di mana Matt Lauer terlupa telur makhluk Sleestak (tapi rasa pelik pulak Dr. Rick Marshall sebut “dinosaur egg”).